Friday, July 19, 2013

Kek Hari Raya





Assalamualaikum,
Selesai dengan tempahan cookies raya, kini datang pulak dah dengan tempahan kek raya.
Setelah diasak pelbagai pertanyaan, Najah Bakery akan mewar2 kan beberapa jenis kek raya pada tahun ini di bakery kami pada minggu terakhir ramadhan. Boleh walk in di Najah Bakery, No 13 Lot Perniagaan Seriab, Kangar. (esok psg papantanda,yeay!)

-Carrotcake normal pax rm18 (available to walk in)
-carrotcake saiz besar 9x9" rm75 (base on order)
-Marble Cheese Brownies normal pax rm18 (available to walk in)
-saiz besar 10x10" rm55 (base on order)
-Mama Herda Cheezy Choc Cake normal pax rm18 (available to walk in)
-fruit cake rm8.50- rm16 (available to walk in)
-marble cake/ butter cake rm12 (available to walk in)
-choc moist with topping rm15 (available to walk in)
-kek lapis -5 jenis, rm20-rm25 (available to walk in)
-Red Velvet normal pax rm18 (available to walk in)
-saiz besar 8x8" rm75 (base on order)
-cotton cheese cake rm25 saiz 6" (available to walk in)
-russian black white (base on order)
-choc delight (base on order)

turut ada juga ialah stok,
-kerepek,kacang dhal,muruku,tempeyek,cookies raya,hamper (available to walk in)

Wednesday, July 10, 2013

KALI PERTAMA TAHUN INI BERBISNES DI PREMIS

Assalamualaikum!
Marhaban ya Ramadhan!
Sebelum terlambat kami.. crew Najah Bakery mengucapkan Ramadhan Almubarak buat semua pelanggan sangat kami sayangi. Anda dekat dihati kami!

Ini merupakan tahun pertama/kali pertama kami menjalankan bisnes ramadhan di tempat baru iaitu di bakeri baru kami di Seriab.
Saya sebenarnya agak sedikit teruja dengan hal ini. Adakalanya saya ada jugak la sedikit gementar. Perlu atasi semua ketakutan tu. Insyallah kami akan cuba lalui pengalaman ini seperti hari-hari biasa. Harini masuk bakeri untuk lihat setakat mana tempahan cookies raya kami untuk tahun ini dan semalam kami menerima pelbagai rayuan agent agar di lanjutkan tarikh penutupan tempahan. Insyallah, selagi mampu, kami akan terima. Harini akan meeting dengan staf tentang target sales menjelang raya :- )

Bulan Julai ini merupakan bulan kedua kami menjalankan perniagaan bakeri. Alhamdulillah semakin ‘reti’ la sikit bak kata orang utara, tentang pengurusan dan penjualan. Harini juga akan diadakan perjumpaan staf tentang kemasukan pekerja sementara dari jabatan belia selama 6 bulan sehingga disember ini. Beberapa perubahan jadual akan dibuat dan diharapkan agar mereka ini dapat manfaatkan ilmu di bakeri kami sebaiknya insyallah. Kami mengalu- alukan kehadiran adik-adik Belia ini di bakeri kami. Pheww… baru bulan kedua buka bakeri, terus ada request untuk buat training. Bakeri kami ni pun dalam keadaan huru hara lagi dan serba kekurangan. Risau juga takut kami tak pandai nak handle. Insyallah, akan cuba sebaik mungkin.

Teringat-ingat suatu ketika dulu masa bulan puasa, ada juga terima tempahan cookies raya, masa tu buat sorang-sorang saja. Kadang-kadang sampai menangis sebab tempahan tak siap. Terpikir masatu, susah juga nak dapatkan duit tambahan. Tapi buat juga. Langgar ja dinding semua. huhu
Hmm… tersenyum sorang-sorang. Kenangan..kenangan…

Tapi hari ini, Najah Bakery sudah mempunyai staf! Macam tak percaya sebenarnya. Maka tanggungjawab saya pun bertambah kerana sudah ada pekerja yang bekerja dengan saya. Perlu menjaga kebajikan para pekerja pula. Insyallah akan berusaha semampu boleh untuk membantu membuka peluang pekerjaan serta menambah nilai dan kemahiran pada orang lain.

Untuk masyarakat amnya…
Ya Allah berilah peluang pada kami untuk membantu orang ramai dengan menambahkan produk halal (bakery) di Perlis ini. Kau berkatilah usaha kami ini ya Allah. Ameen.

Luv,
Najah Farahin

Sunday, July 7, 2013

Restock!

Alhamdulillah setelah sebulan berniaga, kini sudah mengetahui rentak pelanggan di Perlis ni. Biasanya sales kami meningkat pada hujung minggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Pada Hari Sabtu kami perlu retstock kek lebih sikit dari hari biasa...


 

Blog Template by YummyLolly.com