Wednesday, June 5, 2013

Produk Terlaris

Hai.. Assalamualaikum!
bertemu lagi kita di Real Najah Bakery. Ada sesapa pembaca belum pergi lagi? buat yang tinggal di sekitar Perlis, pernah singgah tu.... terima kasih saya ucapkan. Saya juga memohon maaf, banyak sangat kekurangan bakery kami. Insyallah saya semakin upgrade sedikit demi sedikit...doakan!
Sepanjang kami mula berbisnes, saya semakin faham rentak pelanggan di Perlis. Mereka gemarkan slice cake yang sedap dan tak kisah harga berapa. contohnya buat masa ini Rainbow Cake adalah slice cake paling laris di Najah Bakery.
Pernah kami try letak produk ni di showcase, waah, habis dalam masa 2 jam. Alhamdulillah. Tapi tu laaa... renyah betul nak buat rainbow cake ni. Ambil masa agak lama dan takleh buat kerja lain kalau dah start buat rainbow cake ni.
Setakatni kita mampu buat 2 biji sehari untuk slice, insyallah kami akan standby dari masa ke semasa utk readymade cake for birthday pula. semalam dah try 3 biji utk readymade, habis semua dibeli. Tinggal kek murah2 susah pula nak laku. hehehe.
Next product for slice cake, blueberry cheesecake & strawberry cheese cake insyallah will release soon!

Tuesday, June 4, 2013

letak jawatan!

Assalamualaikum!
Harini saya letak jawatan menulis atas kek. Dah training sorang staf ni utk menulis. Buat permulaan, ketar2 juga dia. Takpa, practice make perfect...Ini hasil darinya... hmm... so far so good!
All da best zati! 

Sunday, June 2, 2013

Fuh boleh cover!

Nightmare sebenarnya buka bakery ni nak-nak di hujung bulan. sebabnyaaa hujung bulan la kita nak kena bayar gaji staffs, bayar sewa kedai, letrik, air, supplier...
alhamdulillah selama lebih kurang 2 minggu membuka kedai pada bulan Mei, legaaa sesangat dapat cover gaji staffs selama sebulan, sewa kedai, letrik dan air. Lega sesangat. Syukur Ya Allah...
saya? hmmm saya belum ambil gaji lagi untuk bulan ni. Nanti kita tengok closing June pula bagaimana keadaannya. Ya Allah.... menakutkan juga yaaa

 

Blog Template by YummyLolly.com