Friday, May 24, 2013

Last minute Order

Assalamualaikum.... harini dah seminggu saya membuka Najah bakery ni. Agak banyak jugakla pengalaman asing dan baharu bagi saya. Saya dapat lihat rentak pelanggan kebanyakan akan order kek last minute. Order petang ini, nak pagi esok. Ini membuatkan kami terpaksa standby dengan rezeki terpijak ini. hehe. kadang-kadang melibatkan order sehingga rm100 hingga rm1500, agak keruan juga kalau nak menolaknya tu. Tambahan pula ia melibatkan sekolah / pejabat kerajaan.
hmmmm.... tunggu apa lagi? makanya bersegeralah kami menyiapkannya! Moga Allah permudahkan urusan ini...
oh ya, semalam bakery kami dihadiri oleh YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis, terima kasih Ku kerana memborong kek di bakery kami


Monday, May 20, 2013

Mula Membuat Readymade Cake

Biasanya customer akan terus walk in, nampak saja bakery....terus masuk nak beli kek. Kadang2 ada yang baru tersedar yang harini adalah harijadi anaknya atau isterinya, atau ibunya atau kawan baiknya. Maka kelam kabutlah dia menerpa ke kedai kek. Disinilah peranan kita selaku penjual kek iaitu membantu menyelesaikan masalah pelanggan serta menambah nilai mereka. Menambah nilai yang bagaimana? Mungkin dengan cara mereka menghadiahkan kek tersebut, penerimanya akan merasa sangat gembira terharu dan semakin sayang. Bernilai kan?!
Kami sebenarnya sedang mencari identiti untuk readymade design kami, setakat ni dapat perkenalkan design simple dan elegant...
untuk readymade cake, ada spongecake vanilla, spongecake coklat dan choc moist cake
jadinya... bolehla walk in ke sini yaaaaa
pssst....esok nak try beberapa resipi cheese cake pula! tengah repair showcase la pula ni. Tak muat letak stocks
Roti bun? insyallah soon....


Real Bakery Shop

Alhamdulillah, setelah 4 tahun berniaga di tapak online, bermula di blog ini... tahun ini kami mula membuka kedai bakery secara real. Wahh...ini sangat-sangat mencabar jiwa dan raga rupanya. Kalo dulu hanya bangun pagi, terus melangkah masuk kerja (dapur), tapi harini kena keluar rumah dan ke bakery -melatih staf serta turun menyediakan kek, menyiapkan tempahan serta mendeco kek. Sebenarnya kami ni baru 5 hari beroperasi, fikiran pun masih belum stabil. huhu
Dek kerana kekangan modal, tanpa membuat mana2 loan, dengan menggunakan modal sendiri, kami memulakan dulu dengan apa yang ada. Kami jual saja dulu. kemudian- kemudian baru upgrade. Minta maaf yer kalo bakery kami ada rupa macam dewan pun ada, masih kosong lagi. Belum ada konsep.Baru ada peti ais sebiji, showcase sebiji. maka berjualanlah kami bermula dari jam 9.30 pagi hinggalah jam 7.30 malam. Sales Alhamdulillah setakat ini ramai juga yang walk in dan mula menempah kek untuk cuti sekolah bakal menjelma.
semalam kami cuba buka Ahad, alhamdulillah...ada juga sales. Orang datang mencari kek birthday readymade.
Insyallah, nanti saya menulis lagi...
Saya akan update dan share kisah pembukaan bakery kami ni dari masa ke semasa. Betapa berharganya keperitan mengharungi cabaran seorang penjual kek yang merupakan seorang ibu kapada anak-anak masih kecil. Saya hampir give up sebenarnya. Tapi berkat doa dan support para pelanggan setia, itulah yang menjadi semangat buat saya.
Terima Kasih! Jumpa lagi di kisah seterusnyaaa
Oh yaa, harini baru siap design papantanda (pssst.... berniaga dah 6 hari, papantanda pun takda.hehehe) ni baru nakpi tempah. Buat para pembaca, ini alamat kami, jemput-jemputla ke Najah Bakery, No 13, Lot Perniagaan Seriab, Kangar. Kami berada di building Tat Nasi Ayam, berdekatan dengan kedai Kurma
Jumpa di sanaaaaa



 

Blog Template by YummyLolly.com