Thursday, September 26, 2013

Tiada Jalan Mudah...


Tiada jalan mudah.. semuanya bermula dari zero...

Sekarang sudah masuk bulan ke 3. Alhamdulillah... survived!
bermula sedikit-sedikit, lepas tu upgrade pun sedikit-sedikit sebab tak buat loan mana-mana agensi. Korek duit tabung haji dan duit mak mertua bagi pinjam.
Alhamdulillah bisnes kek berjalan lancar. Banyak mendapat invitation untuk diletakkan produk. Baru-baru ni dapat lagi satu kedai Mara di Plaza Kayang. Terkejut juga.

Komplen customer tu,biasalah. ada yang boleh dibuat pedoman-komen membina, ada yang bisa berbisa. heeee (so far lelaki yang byk komen pedas2, pasaipa eh? macam tak fikir orang tu terasa hati atau tak. dasat orang lelaki perlis nih.heee)

Semakin hari permintaan semakin tinggi. Keadaan ni memaksa saya untuk menambahkan staf dan mesin. Dengan ruang yang limited.
Kadang-kadang rasa sedih pabila soalan ditanya, kenapa tak buat macam SR? u kena buat itu, buat ini... set up semula.. (haaaa?)
Cikpuan, kami ni baru 3 bulan, SR tu sejak dari 1997, franchise pula. insyallah...saya akan cuba upgrade sedikit demi sedikit tp bkn secara mendadak, sbb saya pun start dari zero ni. Modal pun dok generate lagi ni . banyak plan nak buat dalam kepala ni. insyallah.
Kadang-kadang rasa penat pun ada. penat training staf,penat deal,penat handle itu ini. Tapi bila lihat hasilnya, rasa bahagia dan semangat semula.

Semua staf saya tak ada satu pun pengalaman dalam dunia bakery. Semua masuk sini bermula zero. yang tak pernah timbang tepung pun ada. Tapi alhamdulillah setelah 3 bulan berlalu....
Pernah sebulan dua yang lalu saya hampir putus asa, sebab saya yang tidak sabar mahu duplicate mereka menjadi seperti saya (bukan saya hebat, atleast mereka boleh la sikit2). Tapi harini baru saya sedar, proses pembelajaran ni perlukan masa. Sedikit demi sedikit...hari demi hari...

Saya tahu ada diantara anda berasa hampa pabila lewat petang saja, birthday kek kami banyak habis. Percayalah...saya lagi sedih melihat keadaan ini. Orang lain happy bila kek habis dijual. Tapi saya ni jadi sedih pula. Sedih sebab kami kadang-kadang x dapat nak supply banyak. Dek kekangan/kekurangan staf. Baru restock saja...dah habis.
Jadi minggu ini saya cuba untuk membuat sessi interview staff2 baru untuk join team Najah Bakery.
Doakanlah kami. Kami masih banyak kekurangan. Terima kasih sebab selalu support kami. Kami masih belajar. Mohon sebarang cadangan boleh inbox kami. Kami sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dari anda semua.

Syukur...syukur.. Ya Allah!

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Arrahman

Najah Bakery
No 13, Lot Perniagaan Seriab,
01000 Kangar
Perlis

1 comments:

syapex said...

Biasa la, pelanggan ni byak karenah...
nu x kena, ni x kena...
Tak sempat lagi nk p jenguk kedai...

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com