Monday, May 20, 2013

Real Bakery Shop

Alhamdulillah, setelah 4 tahun berniaga di tapak online, bermula di blog ini... tahun ini kami mula membuka kedai bakery secara real. Wahh...ini sangat-sangat mencabar jiwa dan raga rupanya. Kalo dulu hanya bangun pagi, terus melangkah masuk kerja (dapur), tapi harini kena keluar rumah dan ke bakery -melatih staf serta turun menyediakan kek, menyiapkan tempahan serta mendeco kek. Sebenarnya kami ni baru 5 hari beroperasi, fikiran pun masih belum stabil. huhu
Dek kerana kekangan modal, tanpa membuat mana2 loan, dengan menggunakan modal sendiri, kami memulakan dulu dengan apa yang ada. Kami jual saja dulu. kemudian- kemudian baru upgrade. Minta maaf yer kalo bakery kami ada rupa macam dewan pun ada, masih kosong lagi. Belum ada konsep.Baru ada peti ais sebiji, showcase sebiji. maka berjualanlah kami bermula dari jam 9.30 pagi hinggalah jam 7.30 malam. Sales Alhamdulillah setakat ini ramai juga yang walk in dan mula menempah kek untuk cuti sekolah bakal menjelma.
semalam kami cuba buka Ahad, alhamdulillah...ada juga sales. Orang datang mencari kek birthday readymade.
Insyallah, nanti saya menulis lagi...
Saya akan update dan share kisah pembukaan bakery kami ni dari masa ke semasa. Betapa berharganya keperitan mengharungi cabaran seorang penjual kek yang merupakan seorang ibu kapada anak-anak masih kecil. Saya hampir give up sebenarnya. Tapi berkat doa dan support para pelanggan setia, itulah yang menjadi semangat buat saya.
Terima Kasih! Jumpa lagi di kisah seterusnyaaa
Oh yaa, harini baru siap design papantanda (pssst.... berniaga dah 6 hari, papantanda pun takda.hehehe) ni baru nakpi tempah. Buat para pembaca, ini alamat kami, jemput-jemputla ke Najah Bakery, No 13, Lot Perniagaan Seriab, Kangar. Kami berada di building Tat Nasi Ayam, berdekatan dengan kedai Kurma
Jumpa di sanaaaaa



2 comments:

cheyo chemud said...

tahniah.. sbb dah berjaya bukak kedai sendiri..

kalau boleh berkongsi.. brapa jumlah modal yang digunakan untuk cik/puan bukak kedai bakeri ni..

Mohon idea.. sbb apa yang saya baca kat kedai tu ada refri n showcase je..

saya pun kepingin nak bukak cuma modal x berapa nak lebat.. huhu

tq

Unknown said...

U beruntung mempunyai family dan kenalan yg dapat memberi sokongan.
Nak harapkan bantuan pinjaman skrg ni memang kena keluarkan modal plak xfaham.org tgh mkn dulu hahahhaha...
Anyway selmat berjaya.

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com