Wednesday, May 12, 2010

Mother's Day Delivery

Alhamdulillah last friday 7 mei on da way to KL, sempat buat delivery cuppies mother's day ke Sg Petani dan Bukit Mertajam. Terima Kasih pelanggan yang sudi order untuk hadiah buat ibu masing-masing. Mereka yang order ni tiada di utara,semua di KL. Ibu mereka aje ada di utara . Thanks again buat Cikgu Najahiyah, Pn Nor Hafiza, En. Fakhrurazi, Cikgu Fadzilah dan my lovely mama.

Sepanjang saya berkursus di KL, bertalu-talu call masuk order untuk mother's day untuk tempahan ahad dan isnin lepas. Mohon maaf sangat-sangat saya terpaksa tolak kerana tiada di Perlis waktu itu.

Sebelum ke KL sempat lagi baking dua marble cheese brownies untuk ustazah zaliha dan En. Idham. En Idham minta supaya MCB ini dihantar ke Penang untuk hadiah mother's day. Sangat sedih pabila kek ini terslide di dalam kereta. Terpenyek roses. Nak nangis rasanya. Ini kek nya. Gambar diambil selepas terslide. Mohon maaf sangat pada Pn Syarifah yang baik hati dan anakandanya, En Idham kerana memahami. last sms, en Idham nak order lagi untuk besday mama nya june nanti.hihi. Tak serik ya En. Idham.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com