Thursday, November 26, 2009

Order Mck Noraini


No order dari mck Noraini untuk makan-makan kat rumah dengan family dia sempena cuti sekolah. Thanks Mck Noraini. Pelanggan setia saya yang selalu support saya

Wednesday, November 25, 2009

Basic Deco Class

Alhamdulillah... berakhir sudah kelas petang tadi. Merasa jadi cikgu kejap. hehe. Memula macam tak konfiden juga. Tapi kawan-kawan ni teringin nak belajar. Ikutkan aje. Lagipun ajar kawan-kawan, takde hal punya. Yuran pun amek harga kawan-kawan juga. Feedback, diorang happy sangat sebab dapat tau serba sedikit skill baking cake n deco terutamanya...pastu request pulak mintak buat kelas cupcake. aiyaarkkk!

Wahai anak-anak muridku... balik nanti praktis selalu ya!! Tahniah. Dalam banyak-banyak pattern saya ajarkan, semuanya pakat nak buat basketwave kat tepi kek. haha. apa yang best tuh.
Hajar... cantek deco dia. Orangnya diam ajer. concentrate betoi.
Ni anak dara sorang yang naughty! hehe. dah tak sabar nak 'ngap' the cake
Kak Maznah yang cool...
Kak Rohaya, bakal tokeh bakery... saya segan kat dia sebab dia pandai buat cheesecake n bun. huhu

Kelas seterusnya, lepas raya haji. Kawan-kawan juga nak datang belajar. Harap-harap saya masih larat lagi time tu. heee

Monday, November 9, 2009

Mari Menghias Kek

MARI MENGHIAS KEK SEMPENA CUTI SEKOLAH!


Mari realisasikan hasrat anda! Dengan teknik sangat mudah dan dengan suasana yang rileks, kita sama-sama menghias kek. Siapa yang harus sertai aktiviti ini? Surirumah, isteri bekerja, anak-anak 12 tahun ke atas dan sesiapa pun boleh sertai.

Keterangan lanjut seperti dibawah sila pilih tarikh:-
Tarikh: 20/23/24/25 NOVEMBER 2009
Masa: 2pm - 6pm
Tempat: 2550 KM 2, Jln Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis (berdekatan Uitm) Yuran: RM100
Barangan perlu dibawa: pen, apron dan kain lap

Keterangan aktiviti:

-demonstrasi membuat kek sponge yang gebu dan sedap

-demonstrasi membancuh dan mengadun buttercream (icing)

-Mendeko sebiji kek sponge dengan buttercream

-peserta akan diajar dengan 5 jenis deko (swirl flower, drop flower, basketwave, grass, lining)

- Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing.

-Semua peralatan akan disediakan

PERCUMA! Resipi kek sponge yang sedap dan buttercream yang mudah!

Berminat? Sila call/ sms saya 012-5735856 (Najah)
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No Tel

Tempat hanya terhad kepada 4 orang sahaja pada setiap sessi. Jika tidak dapat hadir, mohon beritahu 2 hari sebelum kelas bermula. Kelas ini adalah kelas asas sahaja, individu yang sudah mempunyai asas mendeko tidak digalakkan hadir

“Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek, sesiapapun boleh melakukannya”
 

Blog Template by YummyLolly.com