Monday, March 30, 2009

Order kedua

Akhirnya saya menyiapkan kek Ben10 seperti diminta. Rasa kelakar juga pertama kali melukisnya.
Order ni dari Puan Fazni, lecturer Uitm Arau. Harini dapat sms dari Puan Fazni bertanyakan kek pandan. hehe. Nampaknya saya perlu tambah ilmu lagi :)

Kata Puan Fazni, sekejap aje kek ni dah tinggal suku :), alhmdulillah. Nanti order lagi ya. Terima kasih kerana menyokong saya dan cuba membantu memenuhi impian saya untuk tour europe. haha.

Saya sedang menanti order seterusnya :)

Sunday, March 29, 2009

Order pertama kali

Selepas saya sms ke beberapa orang kawan, akhirnya ini order pertama menerusi sms tiba di kantung hp saya. Tadika Huda menempah kek harijadi sempena harijadi anak-anak tadika bulan Mac. Saya begitu teruja. Mahukan kek yang ceria. Akhirnya...



Alamak... tulisan 'birthday' fail le pulak! Hari suami hantar kek tersebut ke tadika, ada saya selitkan beberapa keping flyers (iklan) untuk guru tadika huda edarkan pada anak-anak tadika dengan harapan ditunjukkan flyers tersebut kepada ibu bapa mereka.

Alhamdulillah... sebelah malamnya saya mendapat call dari salah seorang ibu anak Tadika Huda untuk menempah kek BEN10. aiyaarkk. ok... sahut cabaran!

Thursday, March 26, 2009

Pooh..


Cool aje tengok pooh ni tak pakai seluar.hiks. tapi saya suka karektor ni. Agak senang berbanding karektor lain dan ceria!

Wednesday, March 25, 2009

Mickey untuk Staff



Ni untuk staf Iqra' Books dan kawan-kawannya di Plaza Kangar

Tuesday, March 24, 2009

Saguhati



Ni pertandingan icing kek anjuran Mara Perlis. Tapi dapat tempat saguhati je sebab tak tulis 'tema' . ish..ish...
Satu pengalaman yang sungguh bermakna...

Friday, March 20, 2009

Wedding Wan Aisyah


Masa ni memang tak pandai icing kek lagi. Tapi dengan confident aje menyahut cabaran my mum in law yang minta buatkan wedding cake untuk adik ipar, Wan Aisyah. Bile teringat kembali, rasa macam tak percaya aje.Haha.
 

Blog Template by YummyLolly.com