Sunday, March 29, 2009

Order pertama kali

Selepas saya sms ke beberapa orang kawan, akhirnya ini order pertama menerusi sms tiba di kantung hp saya. Tadika Huda menempah kek harijadi sempena harijadi anak-anak tadika bulan Mac. Saya begitu teruja. Mahukan kek yang ceria. Akhirnya...



Alamak... tulisan 'birthday' fail le pulak! Hari suami hantar kek tersebut ke tadika, ada saya selitkan beberapa keping flyers (iklan) untuk guru tadika huda edarkan pada anak-anak tadika dengan harapan ditunjukkan flyers tersebut kepada ibu bapa mereka.

Alhamdulillah... sebelah malamnya saya mendapat call dari salah seorang ibu anak Tadika Huda untuk menempah kek BEN10. aiyaarkk. ok... sahut cabaran!

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com