Wednesday, December 16, 2009

Carrot Cake Walnut with Creamcheese Frosting



1. Carrot Cake Walnut with Topping + Filling Creamcheese 8" (1.5kg)= rm50

2. Carrot Cake Walnut Plain 9" (without topping + filling creamcheese) = rm40

p/s: sori, gambar kurang kualiti, tp tidak pada keknya :)

p/s: selepasni kerja hobi ini dihentikan sementara- cuti bersalin jan & feb 2010

Sunday, December 13, 2009

Basic Deco Class again...







salam,
Terima kasih buat Afiza dan kak Rozi kerana sudi datang kelas basic deco kek ni. Ini adalah kelas terakhir buat tahun ni sebelum saya bersalin. Insyallah early March 2010, saya akan buka kelas kembali dan upgrade kelas tersebut (ke arah lebih baik). Insyallah. Untuk kelas tahun depan, boleh lihat jadual di sebelah kiri blog

Saturday, December 12, 2009

Order Pn fazni


Repeat order dari Pn Fazni, Uitm Arau...

sebelumni ada order kek karektor kartun Ben10, tapi kalini tema bebas, asalkan theme garden.

Tuesday, December 8, 2009

Choc Moist Cake With Rose Ganache




Salam,
Ini pertama kali saya membuat kek ini. Terus ditempah oleh kak Rohaya untuk hantaran perkahwinan anak sulungnya Zaid Harithah. Mekasih Kak Aya!

Choc Moist Cake with rose ganache 9 inch (rm80)

Thursday, November 26, 2009

Order Mck Noraini


No order dari mck Noraini untuk makan-makan kat rumah dengan family dia sempena cuti sekolah. Thanks Mck Noraini. Pelanggan setia saya yang selalu support saya

Wednesday, November 25, 2009

Basic Deco Class

Alhamdulillah... berakhir sudah kelas petang tadi. Merasa jadi cikgu kejap. hehe. Memula macam tak konfiden juga. Tapi kawan-kawan ni teringin nak belajar. Ikutkan aje. Lagipun ajar kawan-kawan, takde hal punya. Yuran pun amek harga kawan-kawan juga. Feedback, diorang happy sangat sebab dapat tau serba sedikit skill baking cake n deco terutamanya...pastu request pulak mintak buat kelas cupcake. aiyaarkkk!

Wahai anak-anak muridku... balik nanti praktis selalu ya!! Tahniah. Dalam banyak-banyak pattern saya ajarkan, semuanya pakat nak buat basketwave kat tepi kek. haha. apa yang best tuh.
Hajar... cantek deco dia. Orangnya diam ajer. concentrate betoi.
Ni anak dara sorang yang naughty! hehe. dah tak sabar nak 'ngap' the cake
Kak Maznah yang cool...
Kak Rohaya, bakal tokeh bakery... saya segan kat dia sebab dia pandai buat cheesecake n bun. huhu

Kelas seterusnya, lepas raya haji. Kawan-kawan juga nak datang belajar. Harap-harap saya masih larat lagi time tu. heee

Monday, November 9, 2009

Mari Menghias Kek

MARI MENGHIAS KEK SEMPENA CUTI SEKOLAH!


Mari realisasikan hasrat anda! Dengan teknik sangat mudah dan dengan suasana yang rileks, kita sama-sama menghias kek. Siapa yang harus sertai aktiviti ini? Surirumah, isteri bekerja, anak-anak 12 tahun ke atas dan sesiapa pun boleh sertai.

Keterangan lanjut seperti dibawah sila pilih tarikh:-
Tarikh: 20/23/24/25 NOVEMBER 2009
Masa: 2pm - 6pm
Tempat: 2550 KM 2, Jln Padang Nyu, 02600 Arau, Perlis (berdekatan Uitm) Yuran: RM100
Barangan perlu dibawa: pen, apron dan kain lap

Keterangan aktiviti:

-demonstrasi membuat kek sponge yang gebu dan sedap

-demonstrasi membancuh dan mengadun buttercream (icing)

-Mendeko sebiji kek sponge dengan buttercream

-peserta akan diajar dengan 5 jenis deko (swirl flower, drop flower, basketwave, grass, lining)

- Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing.

-Semua peralatan akan disediakan

PERCUMA! Resipi kek sponge yang sedap dan buttercream yang mudah!

Berminat? Sila call/ sms saya 012-5735856 (Najah)
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No Tel

Tempat hanya terhad kepada 4 orang sahaja pada setiap sessi. Jika tidak dapat hadir, mohon beritahu 2 hari sebelum kelas bermula. Kelas ini adalah kelas asas sahaja, individu yang sudah mempunyai asas mendeko tidak digalakkan hadir

“Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek, sesiapapun boleh melakukannya”

Wednesday, July 1, 2009

Cuti..

Salam,
saya bercuti sementara daripada membuat kek di sebabkan alahan (pregnant) agak teruk. huhu. Doakan saya!

Thursday, May 28, 2009

Si comel Aisyah


Tempahan dari salah seorang teman baik saya kat sini, Nizah selaku pensyarah Politeknik Pauh untuk puteri sulungnya yang comel, Aisyah untuk dibawa ke tadika anaknya. Nizah kata Aisyah sangat sukakan Pooh. Selamat Hari Lahir Aisyah!

Tuesday, May 12, 2009

Mother's Day lagi- Blackforest 2 biji

Black Forest Cake dari Pn Fazni untuk anak-anaknya yang aktif tu :)
Blackforest Cake juga order dari fatimah untuk ummi nye. Tq Timah!!

Blackforest Cake
filling blueberry + topping freshcream + choc grated
8" / rm40 (mother's day promo)

Monday, May 11, 2009

Mother's Day lagi- Garden Theme

Blueberry Cake dari Kak Shikin untuk anak-anak daranya yang cun2 tu :)

Kena buat 4 biji sekali sempena Mother's Day harini. Memang penat, tapi seronok tengok orang gembira tatkala menerima kek

Terima Kasih buat semua!!

Blueberry Cake
filling blueberry + topping buttercream + piping jelly
8" /RM38 (mother's day promo)

Sunday, May 10, 2009

Mother's Day Theme

Blueberry Cake dari Faiza untuk ibunya...

Blueberry Cake
filling blueberry + topping buttercream + piping jelly
8"/ RM38 (promo mothers' day)

Thursday, April 30, 2009

Repeat Order


Order dari Cikgu Jusinar untuk harijadi anak muridnya. Dia tolong orderkan untuk kawan-kawan Hairil Azhar. Baik sungguh kawan-kawan Hairil nih!

Wednesday, April 22, 2009

Kek Bomba

Tempahan dari Cikgu Jusinar selaku penasihat Kadet Bomba Sek Men Syed Alwi untuk jamuan harijadi 3 orang anak muridnya (kadet bomba). Selamat Hari Lahir Saiful,Suhaimi & Nabil.
Memang panik sebab saya lambat delivery. Janji ngan Cikgu Jus jam 2. Tapi saya hantar jam 2.40, lewat tu. Mujur Cikgu Jus kata majlis belum mula lagi, saja dia prepare mintak kek awal. fuuh. lega...lega.
hehe... saya memang takde idea nak lukis ape, memula nak lukis kereta bomba, mcm susah la sangat alahai. Last-last jumpa kartun bomba.

Monday, March 30, 2009

Order kedua

Akhirnya saya menyiapkan kek Ben10 seperti diminta. Rasa kelakar juga pertama kali melukisnya.
Order ni dari Puan Fazni, lecturer Uitm Arau. Harini dapat sms dari Puan Fazni bertanyakan kek pandan. hehe. Nampaknya saya perlu tambah ilmu lagi :)

Kata Puan Fazni, sekejap aje kek ni dah tinggal suku :), alhmdulillah. Nanti order lagi ya. Terima kasih kerana menyokong saya dan cuba membantu memenuhi impian saya untuk tour europe. haha.

Saya sedang menanti order seterusnya :)

Sunday, March 29, 2009

Order pertama kali

Selepas saya sms ke beberapa orang kawan, akhirnya ini order pertama menerusi sms tiba di kantung hp saya. Tadika Huda menempah kek harijadi sempena harijadi anak-anak tadika bulan Mac. Saya begitu teruja. Mahukan kek yang ceria. Akhirnya...



Alamak... tulisan 'birthday' fail le pulak! Hari suami hantar kek tersebut ke tadika, ada saya selitkan beberapa keping flyers (iklan) untuk guru tadika huda edarkan pada anak-anak tadika dengan harapan ditunjukkan flyers tersebut kepada ibu bapa mereka.

Alhamdulillah... sebelah malamnya saya mendapat call dari salah seorang ibu anak Tadika Huda untuk menempah kek BEN10. aiyaarkk. ok... sahut cabaran!

Thursday, March 26, 2009

Pooh..


Cool aje tengok pooh ni tak pakai seluar.hiks. tapi saya suka karektor ni. Agak senang berbanding karektor lain dan ceria!

Wednesday, March 25, 2009

Mickey untuk Staff



Ni untuk staf Iqra' Books dan kawan-kawannya di Plaza Kangar

Tuesday, March 24, 2009

Saguhati



Ni pertandingan icing kek anjuran Mara Perlis. Tapi dapat tempat saguhati je sebab tak tulis 'tema' . ish..ish...
Satu pengalaman yang sungguh bermakna...

Friday, March 20, 2009

Wedding Wan Aisyah


Masa ni memang tak pandai icing kek lagi. Tapi dengan confident aje menyahut cabaran my mum in law yang minta buatkan wedding cake untuk adik ipar, Wan Aisyah. Bile teringat kembali, rasa macam tak percaya aje.Haha.
 

Blog Template by YummyLolly.com